5hb. Julai 2010
Setelah menempuh perjalanan yang panjang dan gurun yang luas, akhirnya kami menjejakkan kaki dibumi Jordan. Kami masuk melalui check point bahagian utara melalui bandar Al-Hadithah. Selama 3 hari, kami telah menempuh jarak 2000km perjalanan.
Jalanraya Jordan agak sempit dan tak berapa elok, banyak speed trap pulak tu. Jadi berhati-hati ketika memandu di Jordan.
Lebih kurang 1 jam perjalanan melepasi check point, kami pun singgah untuk mengalas perut yang telah rancak mengalunkan irama keroncong. Waktu sekarang pukul 3:45pm dan kami berehat di Restoren Riyadh. Nasib baik ada satu orang pelayan tu yang pandai cakap omputih, kalau tak... order kambing, unta yang sampai...
Boleh tahan la jugak sedap. Harga JD29.75 untuk 5 orang.
Sempat gak bergambar dengan tauke restoren
Selepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke Amman, Jordan.
No comments:
Post a Comment