Tuesday, July 20, 2010

Persiapan Untuk Satu Pengembaraan


View Larger Map border="0" />

Setelah memutuskan untuk mengembara menaiki kereta daripada hanya melawat Istanbul melalui jalan udara, persiapan pun dibuat daripada material, fizikal dan mental.
Melihat dari pada peta, perjalanan amatlah jauh tetapi kerana semangat ingin melihat jejak para anbia dan para syuhada, hati ini dicekalkan juga. Paling utama ialah untuk melihat makam Khalid Al-Walid, kesan perang Yarmuk, makam Salahuddin Al-Ayubi dan akhirnya mengerjakan umrah di Makkah.
Harapan agar anak-anak dapat melihat dan merasai jalan yang dirintis oleh para sahabat dalam mendirikan agama Islam. Bukannya mudah tetapi sejarah telah membuktikan.

Semoga perjalanan ini diredhai Allah swt dan menjadi pelajaran yang amat bermakna dalam menjalani hidup ini. Ameen.....




Hari ini hari Jumaat, 2/7/2010 - Pertemuan bersama Hj. Wan harris untuk mendapat tips perjalanan ... pekena nasi mandi dulu.
Terima kasih kepad Hj. Wan untuk tips yang sangat berguna untuk melepasi check point kastam dan immegration di Saudi, Jordan dan Syria. Terima kasih juga kepada En. Mahadi keran tolong downloadkan GPS untuk Jordan dan Turki.

Kereta pon sudah dimekapkan, supaya ribut pasir tidak menghakis cat kereta. Lampu depan kena tampal dengan "3M protection film" untuk mengelakkan dari menjadi kabut bila terkena ribut pasir. Esok masanya untuk memulakan pengembaraan.

1 comment:

  1. Zam banga aku bila tengok ko punya blog..satu2 nya kawan aku yang berani mengembara sampai ke jordan total semua brpa km wak...kereta ko coating dgn apa.. grease ke....aku ingin nak naik motor la dari Malaysia ..macam 1 malaysia adventure to mekah.dah selamat pulang pun dia org...tapi selama 40 hari...pergi sahaja.balik naik belon..ok Zam aku rasa banyak lagi gambo2 yang ko belum update kan...kawan kat cini dapat baca tengok gambo pun jadi la...amin

    ReplyDelete