Tuesday, July 20, 2010

Perjalanan Hari ke Dua Menuju Jordan...

Target hari nie nak sampai paling kurang kat sempadan Jordan...

Beli sarapan dulu sebelum bertolak ... pusing-pusing kat bandar Jubayl, akhirnya dapat la satu kedai yang kira OK la

Makan dalam kereta jerr sebab nak jimat masa..

Pas tu .. alatul.....


Suasana perjalanan menuju Jordan...







Singgah di Hafr Batyn ... tukar minyak hitam dan servis
pas nie nak carik makan pulok..






Dapat la kedai makan untuk mengisi perut ... biasa la, nasi mandi lagi .. apa nak buat, nasik goreng ke, lontong ke ... mamang la tak ada...





Permulaannya ... chicken barbeque, chicken makani (ayam panggang ngan ayam golek la tu.....)







akhirnya ....






Ingatkan boleh sampai ... drive dah dekat 10jam dari Jubayl akhirnya kami berehat di bandar Arar, KSA.

Insyallah, kami akan meneruskan perjalanan ke Jordan esok.

Jumpa kekawan di Jubayl, KSA

























Menjamu selera dirumah Pok Jak ... terima kasih Pok Jak .. susah-susah ajerr...




Seronok jumpa kekawan lama sambil menonton World Cup: Germany Vs Argentina ... kusangka 3-0 rupanya 4-0


Perjalanan Hari Pertama - Doha ke Jubayl

Singgah sebentar dalam perjalanan.. nampaknya cat pelindung dah
kena blast dengan pasir.






Tak sabar rasanya nak berjumpa kekawan lama di Jubayl. Pok Jak, Maskam, Zul Gemang, Din Kayan, Erwan dll

Dalam pada tu sempat jugak tangkap gambar unta kat padang pasir

Persiapan Untuk Satu Pengembaraan


View Larger Map border="0" />

Setelah memutuskan untuk mengembara menaiki kereta daripada hanya melawat Istanbul melalui jalan udara, persiapan pun dibuat daripada material, fizikal dan mental.
Melihat dari pada peta, perjalanan amatlah jauh tetapi kerana semangat ingin melihat jejak para anbia dan para syuhada, hati ini dicekalkan juga. Paling utama ialah untuk melihat makam Khalid Al-Walid, kesan perang Yarmuk, makam Salahuddin Al-Ayubi dan akhirnya mengerjakan umrah di Makkah.
Harapan agar anak-anak dapat melihat dan merasai jalan yang dirintis oleh para sahabat dalam mendirikan agama Islam. Bukannya mudah tetapi sejarah telah membuktikan.

Semoga perjalanan ini diredhai Allah swt dan menjadi pelajaran yang amat bermakna dalam menjalani hidup ini. Ameen.....




Hari ini hari Jumaat, 2/7/2010 - Pertemuan bersama Hj. Wan harris untuk mendapat tips perjalanan ... pekena nasi mandi dulu.
Terima kasih kepad Hj. Wan untuk tips yang sangat berguna untuk melepasi check point kastam dan immegration di Saudi, Jordan dan Syria. Terima kasih juga kepada En. Mahadi keran tolong downloadkan GPS untuk Jordan dan Turki.

Kereta pon sudah dimekapkan, supaya ribut pasir tidak menghakis cat kereta. Lampu depan kena tampal dengan "3M protection film" untuk mengelakkan dari menjadi kabut bila terkena ribut pasir. Esok masanya untuk memulakan pengembaraan.

Kembara Timur Tengah


Adakah tersembunyi dan belum jelas lagi kepada mereka; berapa banyak Kami telah binasakan dari kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, sedang sekarang mereka berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu?Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. (Surah Taha: 128)




Foto: Zamri Daud
Camera: Nikon D700
Lens: AF-S Nikkor 24-70mm f/2.8G