Thursday, July 22, 2010

Lawatan ke Jerash....

JERASH - A BRIEF HISTORY

In a remote, quiet valley among the mountains of Gilead lie the ruins of Jerash, at one time a city of the Decapolis, and the only one of that powerful league through whose streets and monuments we can wander and see them as they were in its heyday, untouched except by the hand of time.Greater cities, such as Gadara and Philadelphia, have vanished almost without trace, but the remoteness of Jerash has saved it from being used as a stone quarry for nearby towns and villages, and it is one of the mostcomplete examples of a provincial Roman city to be seen anywhere. The setting adds greatly to the charm of the place, lying as it does in a valley running rougly north and south and with a perennial stream running through the centre of it. The banks of the stream are covered in walnut and poplar trees, which look green and cool even in the heat of summer, when the surface of the surrounding hills is reduced to a harsh brown aridity. On the south the hills draw away on either side, and the village of Sweileh can be seen on the far skyline.






Sabtu, 6hb. Julai 2010 @ 1:00pm - kami pun bertolak dari Amman ke Jerash. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam.
Tiket untuk memasuki kota Jerash ialah JD8 seorang. Kanak-kanak bawah 15 tahun percuma.









Menurut sejarah, pintu masuk ini dibina khas untuk menyambut Maharaja Rome ketika baginda melawat Jerash. Pintu masuk ke kota Jerash lebih kecil sedikit dan berada dipertengahan kota.













Didepan pintu masuk Gerash nie banyak gerai-gerai jual souvenir .. tapi biasa la mahal skit.













Bentuk asal kota Jerash dan kesan runtuhannya










kesan peninggalan kota Jerash dan Roman theater














Keunikan semua Roman theatre ialah sound systemnya .... jika kita berdiri ditengah-tengah theater, bila kita bercakap walau dengan nada suara yang biasa, ianya akan bergema dan dapat didengar keseluruh theatre. Hingga ke hari ini, system ini masih berfungsi dengan baik. Ketika kami berada disini, satu sesi rakaman filem sedang dijalankan oleh stesyen TV Arab.



"Roman Bath"...







Jalan menuju simpang empat pertama didunia... batu-batu jalan ini adalah batu asal dari zaman empayar Roman lagi.







Selepas ini kami akan melawat Makam Nabi Syuib a.s. Insyallah.....

Hari Pertama di Jordan...

Setelah selesai menjamu selera, kami pun meneruskan perjalanan ke Amman, Jordan melalui bandar Zarqa' ... menyelusuri bukit-bukau dan cerunan, akhirnya kami sampai ke destinasi dengan bantuan GPS.




Ustaz Sharul yang banyak membantu selama kami di Jordan. Terima kasih bebanyak.

Salam kami kepada si comel Hanin.... terlupa pulak bawa kamera semasa makan nasik lemak di rumah ustaz.













Souq Zahra di Jordan ... ni kedai jual pokok bunga (nursery) di Jordan. Banyak pokok yang cantek-cantek dijual disini...








Hotel penginapan kami di Jordan. Disini best sebab dibawah hotel nie ada farmasi, kedai makan, money changer dan fast food restoren (McD, Pizza Hut dll)...




Wednesday, July 21, 2010

Warna-warna kehidupan 1

Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat berbagai-bagai telatah kehidupan dinegara-negara yang kami lawati. Segolongan ada yang meminta-minta, tetapi saya lebih tertarik dengan segolongan manusia yang begitu jujur mencari rezeki demi meneruskan penghidupan. Walaupun begitu, dalam kesibukan mereka sanggup meninggalkan perniagaan mereka sebentar demi menolong kami menunjukkan arah tanpa meminta balasan. Sayu hati saya bila memikirkan sikap mereka yang mendahulukan orang lain dari diri mereka sendiri. Semoga Allah memberi rahmat dan menambahkan rezeki untuk mereka. Ameen....

















Lelaki ini berniaga betul-betul ditengah persimpangan jalan...

Raut wajah yang memaparkan seribu cerita ... pengalaman silam dan harapan masa depan.

Lelaki ini secara tiba-tiba memanggil anak perempuan saya dam memakaikan perhiasan antik. Setelah selesai bergambar dan saya ingin membayar .... lelaki ini menolak dengan berkata "This look nice on your daughter ... Welcome to Jordan" ... Ohh!!! What can I say.... only "Thank You"

Muhassabah...

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di mukabumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu daripada mereka? Orang-orang itu lebih kuat dari mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih dari kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah Rum: 9)

Tuesday, July 20, 2010

Restoren pertama kami singgah di Jordan ......

5hb. Julai 2010

Setelah menempuh perjalanan yang panjang dan gurun yang luas, akhirnya kami menjejakkan kaki dibumi Jordan. Kami masuk melalui check point bahagian utara melalui bandar Al-Hadithah. Selama 3 hari, kami telah menempuh jarak 2000km perjalanan.

Jalanraya Jordan agak sempit dan tak berapa elok, banyak speed trap pulak tu. Jadi berhati-hati ketika memandu di Jordan.
Lebih kurang 1 jam perjalanan melepasi check point, kami pun singgah untuk mengalas perut yang telah rancak mengalunkan irama keroncong. Waktu sekarang pukul 3:45pm dan kami berehat di Restoren Riyadh. Nasib baik ada satu orang pelayan tu yang pandai cakap omputih, kalau tak... order kambing, unta yang sampai...








Boleh tahan la jugak sedap. Harga JD29.75 untuk 5 orang.








Sempat gak bergambar dengan tauke restoren

Selepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke Amman, Jordan.

Perjalanan Hari ke Empat ... sampai kat Jordan

Perjalanan diteruskan untuk hari ke-empat, target hari nie nak terus sampai bandar Amman, Jordan. Mintak-mintak tak ada halangan di Kastam dan Imigresen Jordan hendaknya

Keluar dari bandar Arar..
Dibawah adalah masjid di Arar.. masjid negeri kot... cantek semacam jerr...









Singgah sarapan pagi jap....







kawasan sempadan Saudi sebelum masuk ke Jordan










Dah masuk pon Jordan.. Alhamdulillah tak de masalah sangat kat check point
Exchange rate: 1JD = 4.5RM = 5.1 QR
Bayaran kat Check point
Insurance 11 JD
Visa 10JD x 5 = 50JD
tu jerr la....


Dah masuk Jordan dah pon... Alhamdulillah..
Masuk Jordan dah tengahari ... apa lagi.. shoru la...
kali nie makanan lain skit... tunguuuuuuu!!!!!!

Perjalanan Hari ke Dua Menuju Jordan...

Target hari nie nak sampai paling kurang kat sempadan Jordan...

Beli sarapan dulu sebelum bertolak ... pusing-pusing kat bandar Jubayl, akhirnya dapat la satu kedai yang kira OK la

Makan dalam kereta jerr sebab nak jimat masa..

Pas tu .. alatul.....


Suasana perjalanan menuju Jordan...







Singgah di Hafr Batyn ... tukar minyak hitam dan servis
pas nie nak carik makan pulok..






Dapat la kedai makan untuk mengisi perut ... biasa la, nasi mandi lagi .. apa nak buat, nasik goreng ke, lontong ke ... mamang la tak ada...





Permulaannya ... chicken barbeque, chicken makani (ayam panggang ngan ayam golek la tu.....)







akhirnya ....






Ingatkan boleh sampai ... drive dah dekat 10jam dari Jubayl akhirnya kami berehat di bandar Arar, KSA.

Insyallah, kami akan meneruskan perjalanan ke Jordan esok.